View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 26-Aug-2008 08:52 |
Email | Share | Bookmark |
|
SUP TULANG RUSUK OR SUP GEAR BOX CICAH SAMBAL KICAP?
|
|
Haa..haa..sorry FP friends, citer lagi, temporarily this Fotopages will be called "Ceritapages" kihh..kihh.. sapa malas baca nak tengok gambar jer mintak maap ler..sapa rajin bacalah..kalau tak mama biar Tia&Mia jer baca dah besar nanti..tapi citer ni syokkkkk tau..gerenti meleleh air liur. lagi pun nak posa kan mana boleh tengok gambar..baca buku or dengar radio boleh ler
Mama ni selain dari interior decoration yang mama spent thousands or hundreds on books and magazines mama suka sangat citer pasal food.mama loves cooking, decorating the house, sit in the living and kitchen,have alfresco dining..sit in a comfortable sofa with a mug of hot chocolate and good house&garden magazine.
So this week is citer food menjelang dan semasa raya..important sangat food ni tau..dah fikir siang2 a day before raya or hari bantai org N9 cakap kita orang dah siap bergelumang dengan food dah..so hari tengok anak bulan tu kita orang masak2..mesti la ada bakar lemang and buat rendang..meriah sungguh hari tu..masa uwan kuat dulu hari malam uwan dah siap alas buluh dengan daun pisang yang hijau segar..pagi2 subuh pulak pakcik and geng lelaki pergi pasar carik "daging batang pinang",limpa,paru and hati..sebab rendang kalau nak sedap ni tak boleh daging pejal kena yang ada lemak2 sikit (memang la tak healthy nak buat camana) dah tu campur limpa sikit and hati dan jugak paru..bila kena lemak santan,cilipadi, serai..bau dia sedap sungguh dah tu rendang tu pekat dan lembut semua rasa ada..bila belah lemang yang panas berasap..lemak dan lembut pulut tu..cicah rendang yang ada limpa,hati dan paru sedapppppp sungguh..nyaman masuk perut dah tu kita orang beli tulang jugak..ada 2 pilihan tulang rusuk or gear box..kalau rusuk nanti sup jadi kekuningan,sebab rusuk tu lean meat..tak der lemak..so kita masak kat luar atas bonfire..mendidih sakan..berpeluh geng lelaki yang jaga nak bagi sampai lembut tanggal daging dari tulang..kalau gear box pulak sup jadi kemerahan sebab daging gear box merah2 sikit..dah tu sedap dia tak leh citer sebab ada sum sum dalam tulang..kita kena rebus lama betul.. api besar sampai jadi lembut.. semantara nak tunggu dia masak tu..banyak aktiviti kita buat kat luar rumah..kita pasang laptop kat bawah tempat rehat..tengok vcd..dah tu kita orang lepak2 mengintai anak2jiran sebelah..macam2 perangai ada yang modern pakai hot pant..ada yang lembut ada yang keras ..macam2 seronok betul..bila petang kita pun angkat la sup yang nampak pekat dan sedap sungguh..kita tumbuk cilipadi dan bawang taruk dalam mangkuk bubuh kicap masin kipas udang dan perah limau nipis,bila bukak posa mama pun carik mangkuk paling besar kat dapur uwan cedok sup gear box dan hidang tengah meja..bila papa angkat satu ketul dia pun hirup sup yang kemanisan bertabur bawang goreng dan daun sup sungguh sedap dah tu keluarkan daging dia tonyoh kat sambal kicap yang pedas dan masam2 sikit..malas lak nak explain kat sini...dah tu sambil tunggu nak berbuka tu pun masa yang happy ..semua orang dah mandi pakai baju tidur baru..muka penuh bedak mcm2 budak2..bukak Tv dapur dan TV depan nak tunggu azan..tiba2 kalau jiran@kak ambit hantar lemang dan rendang..wahhh syokk betul walaupun rendang sendiri ada..maklum lah dapat sikit org punya..
Bila dah balik berkumpul pulak kita pun tanya la pendapat ramai apa nak masak menu raya- ada nak asam laksa, laksa johor, nasi impit lontong, mee kari macam2 la..selalunya kita settle with nasik impit kuah kacang and lodeh and laksa johor or laksa asam.Kalau buat laksa asam mama very particular mama tak suka laksa macam jual kat kedai colour kuah dia brown-ikan semua hancur, kuah laksa mama mesti colour merah dah tu isi ikan nampak putih dan segar,timun mesti muda,lettuce/salad pulak mesti crunchy,guna laksa cina yang kanji dan bukan beras.So kalau kuah laksa di buat betul memang cantik dan lain rasa dia dari yang dapat tiap hari dikedai..bila curah kat laksa kanji tabur timun,lettuce etc..memang sedap..rasa ikan dan masam2, yang tak cukup satu atau dua pinggan,ikin selalunya tak sabar asyik nak hirup kuah jer kerja dia.Kuah kacang pulak mama tak suka blender kacang tu..nanti kuah dia terlalu fine tak sedap..mesti tumbuk..1/3 halus,1/3 hancur sikit dan 1/3 lagi kasar2.. malam tu kak ayan la jadi mangsa kena rendang kacang dah tu buang kulit..sampai tertidur-tidur..sebagai upah mama masak la makanan selingan hari malam tu..favourite maggie goreng lah..maggie taruk telur dan kangkung special lah..walaupun sup ada seperiuk..or we bakar roti kat api kayu yang lebih lemang sapu kaya..wow syok..dah tu sibuk jugak pasang pelita.."bergaduh bunga api" dengan jiran depan dan sebelah rumah..dia orang tembak dengan "mercun kelawar" kita pun balas balik..sampai pernah masuk mercun bilik dapur uwan jatuh kat tilam..mengamuk uwan kat menantu kak ambit..hee..hee..
Malam pulak ladies sibuk la mengatur kueh dalam balang..ini favouriete along..dia suka kemas bahagian depan rumah..atur kueh dalam balang..ada dua set- satu set hidangan kat meja depan..ini untuk tetamu formal makan cookies jer la..satu set lagi kat bahagian next to dapur ..kat sini tak formal..boleh makan semua benda dah tu activiti wajib gosok baju raya..sampai 3 tempat gosok,yang ada husband kena gosok baju melayu husband,yang anak dara gosok baju masing2..pakcik gosok baju nak duduk atas lantai so dia lapek blanket kat lantai gosok..sebab dia very particular gosok berjam-jam..kita orang pulak guna tempat gosok la..dah tu malam tu jugak la sibuk..butang baju melayu hilang la..tanya siapa ada spare lah..malam tu jugak nak pi kolo pilah nak beli butang baju la..brooch lah..along pulak tukang supply brooch mesti banyak brooch dia offer to everybody..nanti dah gosok baju tak cukup dengan hang kat hanger penuh kerusi gantung samping la,tudung la..memang havoc malam raya.yang kelakar lagi siap compete siapa ada sandal paling cantik and murah..ikin mesti sibuk citer 'kita beli kat vinnci Rm30 jer..dah la murah cantik kan"..along pulak "maksu ni along beli kat ampang park..murah tau..maksu nak ke nanti along beli kat maksu"
Pagi pulak mama buat laksa johor favourite papa,kak ikin, boboy,ayan..banyak bahan laksa johor ni..ikan mesti segar dan banyak,udang mesti manis,udang kering mesti merah,ikan masin kurau mesti putih dan cantik,kerisik mesti kuning..bila kuah dah pekat..kita siapkan sambal belacan yang kaw taruk limau banyak2..dah tu spaghetti tu kak ayan pusing atur dalam pinggan macam siput,..bila nak makan ambik satu siput taruk dalam mangkuk,tabur bunga kantan,daun kesum,kacang panjang and botol,timun lettuce,taugeh crunchy ,sesudu sambal belacan kaw..dan siram lah dengan kuah yang pekat merah kekuningan..memang sedap..papa mesti makan tak ingat orang..boboy pulak mesti nak makan dengan tangan siap gaul semua and suap..suka hati mama tengok dia orang puas makan.
Pakcik and uwan pulak tak ler suka sangat laksa johor ni..dia orang traditional..pakcik cakap "apo makan laksa dgn spaghetti..kalau laksa, laksa la.."hee..hee selera masing2..so dia orng makan lemang,nasik impit and kuah kacang plus lodeh..lodeh pulak pun mama make sure lemak and sedap..mesti ada tempe yang cantik, tahu kering,suun,terung,carrot,kacang panjang,udang basah and kering..so bila campur semua jadilah lodeh yang lemak meruntun perasaan..nak makan camana-letak dalam mangkuk few nasik impit lembut,curah kuah lodeh,2 sudu sambal kacang yang crunchy and lemak dan 2 sudu rendang yang ada hati,paru dan limpa..bila di gaul..semua mata pun juling memakannya.
Bagi mama pulak..bukan la makan ni sangat yang penting tapi mama suka masak dgn kasih sayang dan bagi orang makan..kalau rasa sedap dan they enjoy mama rasa berbaloi la penat kat dapur berdiri sepanjang hari memasak hidangan.
Last year Tia&Mia masa raya baru 3 bulan..papa pergi masjid mama pun pakaikan Tia&Mia dress and letak headband..papa balik papa cakap "masyAllah cantiknya anak2 papa",this year anak2 papa akan masuk 1 tahun 3 bulan raya ni..mama dah boleh beli baju kurung kat dia orang and dah boleh letak accesories kat rambut.Kita doa panjang umur,sihat badan,murah rezki,moga puasa dan raya berkat..boleh kita makan sup gear box lagi..yeyyy..mari kita ketuk2 tulang tu bagi sum sum keluar..campur kuah sup and slurrrppppp..wah sedap beb
.......................END OF THE SECOND EPISODE....................
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|