Want your own Fotopage?

|
|
zuraidah's FotoPage http//2.srv.fotopages.com/2/15057770/A-photo-collage.jpg By: zuraidah mohdyatim
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Aug-2008 08:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SUP TULANG RUSUK OR SUP GEAR BOX CICAH SAMBAL KICAP?
|
|
Haa..haa..sorry FP friends, citer lagi, temporarily this Fotopages will be called "Ceritapages" kihh..kihh.. sapa malas baca nak tengok gambar jer mintak maap ler..sapa rajin bacalah..kalau tak mama biar Tia&Mia jer baca dah besar nanti..tapi citer ni syokkkkk tau..gerenti meleleh air liur. lagi pun nak posa kan mana boleh tengok gambar..baca buku or dengar radio boleh ler
Mama ni selain dari interior decoration yang mama spent thousands or hundreds on books and magazines mama suka sangat citer pasal food.mama loves cooking, decorating the house, sit in the living and kitchen,have alfresco dining..sit in a comfortable sofa with a mug of hot chocolate and good house&garden magazine.
So this week is citer food menjelang dan semasa raya..important sangat food ni tau..dah fikir siang2 a day before raya or hari bantai org N9 cakap kita orang dah siap bergelumang dengan food dah..so hari tengok anak bulan tu kita orang masak2..mesti la ada bakar lemang and buat rendang..meriah sungguh hari tu..masa uwan kuat dulu hari malam uwan dah siap alas buluh dengan daun pisang yang hijau segar..pagi2 subuh pulak pakcik and geng lelaki pergi pasar carik "daging batang pinang",limpa,paru and hati..sebab rendang kalau nak sedap ni tak boleh daging pejal kena yang ada lemak2 sikit (memang la tak healthy nak buat camana) dah tu campur limpa sikit and hati dan jugak paru..bila kena lemak santan,cilipadi, serai..bau dia sedap sungguh dah tu rendang tu pekat dan lembut semua rasa ada..bila belah lemang yang panas berasap..lemak dan lembut pulut tu..cicah rendang yang ada limpa,hati dan paru sedapppppp sungguh..nyaman masuk perut dah tu kita orang beli tulang jugak..ada 2 pilihan tulang rusuk or gear box..kalau rusuk nanti sup jadi kekuningan,sebab rusuk tu lean meat..tak der lemak..so kita masak kat luar atas bonfire..mendidih sakan..berpeluh geng lelaki yang jaga nak bagi sampai lembut tanggal daging dari tulang..kalau gear box pulak sup jadi kemerahan sebab daging gear box merah2 sikit..dah tu sedap dia tak leh citer sebab ada sum sum dalam tulang..kita kena rebus lama betul.. api besar sampai jadi lembut.. semantara nak tunggu dia masak tu..banyak aktiviti kita buat kat luar rumah..kita pasang laptop kat bawah tempat rehat..tengok vcd..dah tu kita orang lepak2 mengintai anak2jiran sebelah..macam2 perangai ada yang modern pakai hot pant..ada yang lembut ada yang keras ..macam2 seronok betul..bila petang kita pun angkat la sup yang nampak pekat dan sedap sungguh..kita tumbuk cilipadi dan bawang taruk dalam mangkuk bubuh kicap masin kipas udang dan perah limau nipis,bila bukak posa mama pun carik mangkuk paling besar kat dapur uwan cedok sup gear box dan hidang tengah meja..bila papa angkat satu ketul dia pun hirup sup yang kemanisan bertabur bawang goreng dan daun sup sungguh sedap dah tu keluarkan daging dia tonyoh kat sambal kicap yang pedas dan masam2 sikit..malas lak nak explain kat sini...dah tu sambil tunggu nak berbuka tu pun masa yang happy ..semua orang dah mandi pakai baju tidur baru..muka penuh bedak mcm2 budak2..bukak Tv dapur dan TV depan nak tunggu azan..tiba2 kalau jiran@kak ambit hantar lemang dan rendang..wahhh syokk betul walaupun rendang sendiri ada..maklum lah dapat sikit org punya..
Bila dah balik berkumpul pulak kita pun tanya la pendapat ramai apa nak masak menu raya- ada nak asam laksa, laksa johor, nasi impit lontong, mee kari macam2 la..selalunya kita settle with nasik impit kuah kacang and lodeh and laksa johor or laksa asam.Kalau buat laksa asam mama very particular mama tak suka laksa macam jual kat kedai colour kuah dia brown-ikan semua hancur, kuah laksa mama mesti colour merah dah tu isi ikan nampak putih dan segar,timun mesti muda,lettuce/salad pulak mesti crunchy,guna laksa cina yang kanji dan bukan beras.So kalau kuah laksa di buat betul memang cantik dan lain rasa dia dari yang dapat tiap hari dikedai..bila curah kat laksa kanji tabur timun,lettuce etc..memang sedap..rasa ikan dan masam2, yang tak cukup satu atau dua pinggan,ikin selalunya tak sabar asyik nak hirup kuah jer kerja dia.Kuah kacang pulak mama tak suka blender kacang tu..nanti kuah dia terlalu fine tak sedap..mesti tumbuk..1/3 halus,1/3 hancur sikit dan 1/3 lagi kasar2.. malam tu kak ayan la jadi mangsa kena rendang kacang dah tu buang kulit..sampai tertidur-tidur..sebagai upah mama masak la makanan selingan hari malam tu..favourite maggie goreng lah..maggie taruk telur dan kangkung special lah..walaupun sup ada seperiuk..or we bakar roti kat api kayu yang lebih lemang sapu kaya..wow syok..dah tu sibuk jugak pasang pelita.."bergaduh bunga api" dengan jiran depan dan sebelah rumah..dia orang tembak dengan "mercun kelawar" kita pun balas balik..sampai pernah masuk mercun bilik dapur uwan jatuh kat tilam..mengamuk uwan kat menantu kak ambit..hee..hee..
Malam pulak ladies sibuk la mengatur kueh dalam balang..ini favouriete along..dia suka kemas bahagian depan rumah..atur kueh dalam balang..ada dua set- satu set hidangan kat meja depan..ini untuk tetamu formal makan cookies jer la..satu set lagi kat bahagian next to dapur ..kat sini tak formal..boleh makan semua benda dah tu activiti wajib gosok baju raya..sampai 3 tempat gosok,yang ada husband kena gosok baju melayu husband,yang anak dara gosok baju masing2..pakcik gosok baju nak duduk atas lantai so dia lapek blanket kat lantai gosok..sebab dia very particular gosok berjam-jam..kita orang pulak guna tempat gosok la..dah tu malam tu jugak la sibuk..butang baju melayu hilang la..tanya siapa ada spare lah..malam tu jugak nak pi kolo pilah nak beli butang baju la..brooch lah..along pulak tukang supply brooch mesti banyak brooch dia offer to everybody..nanti dah gosok baju tak cukup dengan hang kat hanger penuh kerusi gantung samping la,tudung la..memang havoc malam raya.yang kelakar lagi siap compete siapa ada sandal paling cantik and murah..ikin mesti sibuk citer 'kita beli kat vinnci Rm30 jer..dah la murah cantik kan"..along pulak "maksu ni along beli kat ampang park..murah tau..maksu nak ke nanti along beli kat maksu"
Pagi pulak mama buat laksa johor favourite papa,kak ikin, boboy,ayan..banyak bahan laksa johor ni..ikan mesti segar dan banyak,udang mesti manis,udang kering mesti merah,ikan masin kurau mesti putih dan cantik,kerisik mesti kuning..bila kuah dah pekat..kita siapkan sambal belacan yang kaw taruk limau banyak2..dah tu spaghetti tu kak ayan pusing atur dalam pinggan macam siput,..bila nak makan ambik satu siput taruk dalam mangkuk,tabur bunga kantan,daun kesum,kacang panjang and botol,timun lettuce,taugeh crunchy ,sesudu sambal belacan kaw..dan siram lah dengan kuah yang pekat merah kekuningan..memang sedap..papa mesti makan tak ingat orang..boboy pulak mesti nak makan dengan tangan siap gaul semua and suap..suka hati mama tengok dia orang puas makan.
Pakcik and uwan pulak tak ler suka sangat laksa johor ni..dia orang traditional..pakcik cakap "apo makan laksa dgn spaghetti..kalau laksa, laksa la.."hee..hee selera masing2..so dia orng makan lemang,nasik impit and kuah kacang plus lodeh..lodeh pulak pun mama make sure lemak and sedap..mesti ada tempe yang cantik, tahu kering,suun,terung,carrot,kacang panjang,udang basah and kering..so bila campur semua jadilah lodeh yang lemak meruntun perasaan..nak makan camana-letak dalam mangkuk few nasik impit lembut,curah kuah lodeh,2 sudu sambal kacang yang crunchy and lemak dan 2 sudu rendang yang ada hati,paru dan limpa..bila di gaul..semua mata pun juling memakannya.
Bagi mama pulak..bukan la makan ni sangat yang penting tapi mama suka masak dgn kasih sayang dan bagi orang makan..kalau rasa sedap dan they enjoy mama rasa berbaloi la penat kat dapur berdiri sepanjang hari memasak hidangan.
Last year Tia&Mia masa raya baru 3 bulan..papa pergi masjid mama pun pakaikan Tia&Mia dress and letak headband..papa balik papa cakap "masyAllah cantiknya anak2 papa",this year anak2 papa akan masuk 1 tahun 3 bulan raya ni..mama dah boleh beli baju kurung kat dia orang and dah boleh letak accesories kat rambut.Kita doa panjang umur,sihat badan,murah rezki,moga puasa dan raya berkat..boleh kita makan sup gear box lagi..yeyyy..mari kita ketuk2 tulang tu bagi sum sum keluar..campur kuah sup and slurrrppppp..wah sedap beb
.......................END OF THE SECOND EPISODE....................
|
|
|
|
|
|
| Friday, 22-Aug-2008 03:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SEMUANYA INDAH DI RAMADHAN
|
|
Since internet mama buat hal dan tak boleh upload gambar dah seminggu ..until mama campak pc kat rumah tu dan letak new tool and pasang powerful thing.(entah bila tah..kehh..kehhh ) mama buat citer jer la kat sini.
Pertamanya ALHAMDULILLAH tidak bertepi dan berbatas kepada ALLAH Yang Maha Esa, anak2 mama semua dah sihat..dah boleh ketawa, bergurau semula.Tia dan Mia jugak dah boleh berjalan..jalan cepat pulak tu..bila mama cakap :show me pandai" -dua2 terus berdiri dan berlari tergolek-golek kearah mama..so happy mama.Dah tu dua2 pulak selera sedap nak makan tak boleh tengok mulut kita bergerak..mesti menjerit nak..favourite dia orang brown bread high 5 with or without nutella, dia orang suka jugak gardenia raisin&apricot- dah tak berapa suka nestum dia orang for breakfast.Suka ketawa dua2 orang..kadang dia orang main "peeka boo" sesama dia orang gamat dengan ketawa. Tia bila tanya "where's Tia" dah pandai tunjuk kat diri sendiri- pandai tunjuk mana kaki..bila muzic berbunyi terus berjoget dua2 so cute...dan favourire dia org ialah Azan-bila azan terus senyap kusyuk kat depan Tv..letak tangan kat telinga dan ambik kain letak kat kepala macam telekung mama pakai.
So semuanya indah nak menyambut bulan bertuah ini.. syukur kehadrat ALLAH lagi di kurniakan dua anak2 comel ini pada mama&papa-cahaya bukan saja pada mata tapi pada hati- mereka membenih kasih yang mekar antara kami sekeluarga-keluarga jauh dan dekat -semua datang mencurah kasih- insyallah kasih diberi itu kami cuba balas dengan sebaiknya. Allhamdulillah lagi kepad ALLAH Yang Esa uwan dapat duduk di rumah mama memberi nya dan menerima kasih kami, begitu jugak dengan jiran2 dan kawan- melimpah kasih dan sayang..moga kita sekeluarg tak lupa untuk terus bersyukur dan memanjat doa setiap hari.
Indahnya Ramadhan- dalam banyak2 bulan bulan ni la kita bersiap segala..kalau beribadat lebih lama,kalau bersedekah lebih banyak, tangan memberi lebih banyak dari menadah, lapar kita tahan, marah kita halang,malas kita hilangkan, jiran kita alu-alukan- bukankah begitu istimewanya bulan ini Moga2 kita beroleh kemenangan hati dan jiwa di bulan indah ini.
Sebut puasa mesti la sebut raya..nak buat camana..bulan yang indah mesti ditutup dengan hari yang indah jugak..jadi Aidilfitri tu lah hari kemenangan bagi umat islam..berjaya menyempurnakan puasa dan menahan diri dari membuat yang di larang..insyallah.
Nak balik kampung..adalah perasaan paling indah bagi mama dari dulu sejak belum berkahwin hingglah sekarang..kalau dulu masa bujang mama make sure balik dulu kampung uwan sebelum orang lain balik,bersih setiap sudut,hias seluruh rumah..buat semua juadah..sorang saja mama buat sampai petang selalu nya mama dan punctured..mama suka sangat tengok rumah terhias indah..bunga segar tiap penjuru..cushion dah berganti..carpet terbentang..halaman yang bersih..dapur yang wangi dengan masakan..masa dah kahwin alhamdulillha papa yang tolong mama pasang carpet di kampung,potong daging untuk rendang..happy nya kita orang.
Tahun ni kami berdoa biarlah kebahagiaan tu berpanjangan..dikongsi bersama dua orang puteri yang semakin lasak ni..perasaan yang paling indah bila bersiap nak balik kampung..mama suka tengok tepi jalan orang jual sarung ketupat dan lemang,halaman rumah pulak penuh dengan pelita..kalau balik malam nampak anak2 main bunga api..sampai kat kampung berkumpul alangkah indah..rumah uwan jadi gamat dengan along,hazril,ikin&din,ayan,amir boboy and now plus tia&mia..kita orang pompuan semua gantung baju kat bilik uwan..dah tu paksa each other gayakan baju macam model..uwan pun kena jugak..semua barang baru beli kena tunjuk..kalau tak kita orang ransack bag masing2..tengok ada selipar baru,brooch baru..and kita orang ketawa berdekah-dekah sampai pukul 3 pagi.nanti petang pulak kita pergi ramai2 pasar ramadhan Pilah..semua nak beli,air tebu,air tembikai, air mata kucing,cendol,jagung..sampai bila balik..kena sambung 2 meja..dah tu semua cop ambik tempat masing2..seronoknyerrr...malam pakai baju tidur baru..duduk kat depan tengok VCD or sembang2 kat laman..esok hari buat rendang dan macam2 juadah..hingga la pagi raya fun tak habis2..pagi raya pulak juadah tetap lemang dan rendang uwan, nasik impit kuah kacang dan lodeh,laksa johor, agar2 lychee along, cake batik ikin,kueh sampan kak bidayah..lepas tu acara semua orang berbaju indah..dah pass komen macam2..yang lelaki semua pergi masjid kuala pilah sembahyang,yang pompuan pulak pergi surau dekat rumah uwan jer..after balik surau semua pergi kubur arwah atuk.lepas pergi kubur kita orang pi Seven Eleven Melang,Pilah beli slurpeee..saja2..dah tu balik sambung makan.Bila lunch dah boring makan semua tu..lauk simple pulak jadi sasaran goreng sardin sampai garing dgn cili padi, goreng tulang ikan masin jenahak dgn cili padi,rebus pucuk ubi or gulai daging salai. dah habis acara makan kat rumah pergi pulak rumah sedara uwan nak makan kak esah punya sup tulang, nak makan makcu punya nasik impit..malam balik main bunga api..macam tu lah meriahnya raya di kampung.
So raya ni yang ada kampung pulanglah..tiada yang terindah dari beraya di kampung..mama ada kawan yang every raya di bercuti di europe..walaupun seronok ke mont blanc,lugano,luzern,zurich..tapi tiada yang terindah macam di kampung..may be sebab mama berjiwa kampung,mama suka feeling di rumah,mama suka halaman, suka bunga2,suka masak dan suka duduk lepak2 menjalin bahagia..moga tahun ni kita semua diberkati tuhan,sihat, panjang umur..dapat lagi mama masak laksa johor favourite semua, goreng sardin sampai garing,masak maggie untuk along dan ikin taruk cili padi segantang..moga kita dapat sembahyang ramai2 di serambi rumah uwan,mendengar takbir pakcik yang sedap suaranya macam juara qari....berjabat salam dan mencium tangan orang yang kita hormat dan sayang.
Moga kasih berpanjangan, moga amalan berterusan, moga jiwa jadi bersih,moga rohani jadi aman, moga hati jadi tenteram dan moga segala dosa di ampunkan.
Kepada semua FP friends-muslimin dan muslimah-mama mohon kemaafan sekiranya ada dan sambutlah salam persaudaraan dari kami Mama,Papa,Tia & Mia.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Aug-2008 08:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SYUKUR ALHAMDULILLAH & KU BUKA TANGAN DAN HATI MENANTI RAMADHAN
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Aug-2008 02:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
YEHAAAA..perjalanan jauh tak ku rasa kerna hati ku melonjok sama
|
 |
|
Yehaaaaa..nak balik kampung
|
|
 |
|
Ni la kampung mama yang indah
|
|
 |
|
rumah ini yang menggamit...
|
| | View all 54 photos... |
|
"Ohhh..ohhhh..balik kampung 3X..hati girangggggg..." lagu arwah sudirman ni betul2 menggambarkan perasaan kita orang weekend hari tu..bestttnyerrrrr balik ..kampung thank you so much papa for taking us..one of mama biggest gift for birthday...mama tahu papa ada golf tournament hari ahad kat tropicana and papa looking forwad to go and play..mama tengok message kat blackberry papa(sorry mama memang suka tengok blackberry papa..hee..hee)..papa..carik orang untuk gantikan dia main so that he can be together with us at kampung longer..so nice of papa..so mama dah balas dengan masak "gulai sembilang salai dengan daun asam gelugor dan terung telunjuk plus jeruk maman"..yang osshhhhh menjilat jari kan papa ..
So cerita dia..mama teringat la sangat2 nak balik kampung..lama la tak balik..the last one was 8 months ago..masa tu Tia&Mia buat Aqiqah kat kampung umur 3 bulan..lepas tu since uwan dah duduk KL tak la balik2 lagi..Mama kehilangan,kerinduan..masa dulu mama tak pernah miss balik kampung either 2 kali sebulan or at least once a month..mama rindu segalanya..rindu kampung uwan yang indah..rumah uwan diatas bukit..yang pagi2 berkabus macam cameron highlands..rindu pokok2 yang menghijau..rindu bunga2 liar..rindu ayam berkokok..rindu duduk2 ditempat rehat rumah uwan minum kopi dan bakar roti pakai arang..rindu segalanya.
Kerna rinduuuu yang teramat..mama pun plan la nak balik,pakcik arrange orang bersih kampung dan rumah uwan..ye la rumah dah tinggal hampir setahun tak tau macam mana..terima kasih pakcik..kak ikin dan kak nur pun setuju balik jugak..dia orang pun rindu..thank you my marvellous nieces..you are wonderful people ..hari jumaat hari tu mama ambik cuti sebab jaga Tia& Mia la..sebab auntie heni and uwan dah balik dulu...so friday kita 3 orang jer..papa kerja..emmmmm you both 'been good'..mama managed to cook lunch etc..tapi rumah you all sepah kan macam kena tornado..dasat la girls mama ni..sama punya perangai tah tak tau la...
Saturday morning, kak Nur datang and we all bertolak la pagi tu nak balik kampung..penat mama get ready everything,masak porridge untk pack lunch Tia&Mia..pack barang2 nak bawak balik ,toiletries..plus baju baru dapat dari AUNTIE IMA SMITH,ATLANTA..hari khamis dapat package from US..gembira the 2 girls..dapat 2 orange dresses yang cute..thanks so much auntie ima..we love it....pukul 10.00 baru siap..kita pun pergi Monterez club utk breakfast..suka bukan main lagi..rupanya Tia&Mia suka makan omellete..mama found out jugak cik Mia mama ni"extra hygienic"..masa bawak pergi gerai malam tu papa nak makan satay..dia tak nak duduk kerusi yang nampak kotor dan buruk..siap keraskan badan..makan kat club pandai enjoy..entah la bebudak sekarang pandai pikir sendiri..
So dah breakfast kita pun bertolak la balik Negeri Sembilan...THE BEST KAMPUNG ON EARTH..haaaa..haaa..jangan marah yang lain2 ok..ni story mama..mama the script writer..so mama can put or claim anything..kihh..kihh.. ..pukul 12.00 berhenti kat tepi jalan Ulu bendul kejap..sebab nak bagi lunch Tia&Mia dan nak bagi dia rasa..air terjun tu..ingat nak kasi basah2 kaki je la..tapi tengok la gambar..anak mama terjun dalam air tu..mandi bogel sampai semua pasir masuk bontot..so kena mandikan kat public bathroom..sekali lagi cik Mia keraskan kaki dia tak nak pijak sinki yang berkarat..ishhhh apa la perangai anak mama ni..
Then..1.30 sampai la kita orang kat kampung mama yang terindah..cantik lagi dari Monte Carlo or Cannes tau..mama nampak pokok kelapa melambai2..pokok mangga..pokok rambutan..rumah uwan yang masih berdiri teguh kat ats bukit....so nyaman..mama pun hirup udara kampung puas2..the 2 girls pulak naik jer rumah..terus excited sebab rumah uwan luas..penuh carpet..so boleh merangkak sana dan sini..masih terhias indah lagi sebab semua kain yang pasang kat siling dan dinding masa aqiqah ada tak bukak..kat dapur pulak kak ikin&makcik dah sediakan lauk..beli jer la..penat kan..best la lauk dia..gulai ikan sembilang,asam pedas ikan tenggiri,sambal tumis bilis, ulam kacang botol baru petik..jiran bagi..sedap sangat la..makan sampai tak nampak apa
So the whole evening mama tengok keliling rumah dgn puas..bagi Tia&Mia tengok ayam..duduk di tempat rehat..jalan sana dan sini rumah uwan..kak ikin pulak ada hadiah birthday untuk mama from famous amous..sedap nya mandi air di bilik air uwan ..sejuk macam airbatu..segar seluruh badan..malam menjelma..dingin pun datang..mama masak simple untuk malam..sup bayam,singgang ikan,sambal ikan bilis perah asam limau kasturi..kak nur & kak ikin macam biasa menjilat jari makan..dah tu sibuk nak suruh mama beli ubat kempis perut sendayu tinggi kat town..kalau dah makan satu mangkuk nasik..camana citer..tokey sendayu tinggi pun give up ler..kahhh..kahhhh.. :-
D
Ahad pagi kita orang semua pun pergi pekan Kuala Pilah..nak tunaikan hajat mama nak makan mee hailam yang paling sedap dalam dunia..betul ni..tak der la tempat lain yang paling sedap macam kat kolo pilah..makan lobster kat monte carlo pun tak sedap camni..kedai dia buruk jerr..tapi mee hailam dia kena cili jeruk..plus air batu piring..wahhhhh..tak kan lupa seumur hidup..tapi sebelum tu pi pekena nasi dagang special dulu..dia orang semua nak makan..mama tak makan simpan perut..dah tu pi lak makan mee hailam ni..puas hati betul mama.. ingat nak pergi jugak ambik2 gambar kat rest house tempat mama kahwin dulu..tapi tak boleh ..hujan..nanti la next time..
last sekali mama pergi pasar kat town ni..beli sayur kampung-maman,pucuk paku,pucuk labu,daun asam gelugor,ikan sembilang salai,terung telunjuk etc..angkut semua balik KL....kat sini pun ada jual udang galah segar yang sedap..pukul 12.00 bertolak la balik..penat sangat..rehat2 sikit ..petang mama masak la "gulai ikan sembilang salai dgn daun asam gelur taruk jugak terung telunjuk,jeruk maman dan goreng kunyit udang galah"..so best.
Itu la cerita minggu ni.."a trip of a life time" to kampung..the best part this trip boleh repeat lagi..nanti kita balik lagi ok darlings
Do enjoy our fotos here..we love it very much and hope you love it too
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jul-2008 02:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LOVE IS ALL THAT I CAN GIVE
|
 |
|
red roses from the man i love
|
|
 |
|
My more than 10 years kebaya-dulu 1st interview pakai ni
|
|
 |
|
best la dapat hadiah banyak..
|
| | View all 24 photos... |
|
It was my BIRTHDAY yesterday! Syukur to ALLAH..ALHAMDULILLAH..so syukur.How old?- well... same age with Julia Roberts and Nicole Kidman, a bit senior than Angelina Jolie but junior than Marcia Cross(Bree of Desperate House Wifes).. haaa.. haaa..sounds so glamour ya.. thats how i take it..life is short and you have must enjoy it to the fullest rather than worried about numbers. alasan laaa..kahh..kahhh..but I am happy that's the most important.
My Life- First I am daughter, then I am a Wife, then I am Mother - I am daughter to a woman fulled with grace, I am a wife to a man fulled with kindness, I am a mother to children fulled with love- what more can i ask. You are blessed if you are a daughter to somebody and have the opportunity of hugging her because some people were raised in the orphanage or left at somebody's door step, you are blessed if you are a wife because some women had to be extra strong in living this life alone without husband and you are truly, completely blessed if you are a mother to a child because you smell and breathe love in everyday of your life.
A thank you without boundaries and lines to my emak who brought me up alone after my father passed away when i was 16 years old- she sent me to University, gave me full support and love and walked me to the front of a High Court Judge the day i was conferred as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya.
A thank you without boundaries and lines to my Husband for the never ending love, for the understanding, for the sabar, for the support, he was and always there for me during the bad and the good. When i was swamped with my paper works and thesis, he didn't sleep, he accompanied me,help me with my research, when i was sick during my pregnancy with twins-he cleaned me, took care of the house chores and gave me never ending love-without him i can never make it.
A million thanks to the family-my loving brothers and sister, my special nieces (thank you so much ikin for the touching entry at your blog, thank you Nur for all your good wishes and doas),my nephews and in laws and relatives. A million thanks to colleageus,friends- i feel so blessed and loved.Like David Arumugam says " Terima Kaseyyyyyy".
For Tia and Mia-mama loves you so much, mama doa you ll be blessed by ALLAH with iman,good akhlak,sharp mind and good pertimbangan.
As for yesterday, it was a happy day, the department prepared everything for me-they ordered kampung food-ikan bakar,air asam,ulam2,sambal petai,tomyam,ayam goreng kunyit plus my favourite cheese cake- i blowed the candles and made wishes for people i love and care.I wore my more than 10 years kebaya yesterday, that was the kebaya i pakai masa first interview with Tv3 (beli lat metrojaya jalan silang masa tu)and i was hired the same day- so proud wearing it- still muat la Alhamdulillah- my rezeki is with this company- I am still here after more than 10 years- bought my first car from my first bonus yang dapat here, people here dah more than a friend- its like your second home. special thanks to auntie narimah too..untuk ingatan,untuk persahabatan..tak perlu kata2..heart knows better.
To all my FP friends - thanks so much, you are special people, we share passion,we share interest through words and photos, we care and give support through sentences and phrases- i see sincerity, i see honesty- i treasure it, i apperciate it.Ita Edwan-manchester is the first FP reader yang tinggal comment kat my FP- excited first time dapat comment. Along the way dapat ramai kawan- nak sebut semua tak dapat la kat sini- but enuf to say apperciate your advice,tips,care, story etc.
I pray that all of us be blessed by ALLAH and..... lets smell and breathe love today because LOVE IS ALL THAT I CAN GIVE
|
|
|
|
|
|
| Monday, 28-Jul-2008 02:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WHAT ARE LITTLE GIRLS MADE OF? PART I
|
 |
|
My sweet and adorable Tia
|
|
 |
|
My sweet & adorable Mia..help,help....
|
|
 |
|
In action..yeah..yeah..pijak papa
|
| | View all 21 photos... |
|
" What are little girls made of? Sugar and Spice and All Things Nice, that's what little girls are made of..What are little boys made of? Frog and Snail and Puppy dog's tails, that's what little boys are made of"
Those are lyrics from Nursery rhymes Tia & Mia..mama selalu pasang kat kereta bila kita orang keluar..indeed the peribahasa from the song suits the fact very much..memang betul little girls semua macam spice,sugar and all things nice..sebab dia orang colourful, sweet and adorable! and little boys pulak bukan la macam katak..hee..hee tapi dia orang very active..jump here and there, very slimy too like snails plus cheeky..sebab tu ada puppy dog's tails there haa..haa..tapi kan girls mama they are not made from sugar and spice and all things nice only they made of frog ,snail and puppy dog's tail toooooo..sebab they are not only sweet and adorable but active,cheeky,slimy and jumping here and there..none stop.Hari sabtu mama bawak pergi Mc D,jumpa la one girl kat playland tu sebaya dia orang,sweet,lemah lembut..but mama punya girls menjerit,meloncat sakan, sampai si Tia yang sakit mulut tu terhantuk kat slide..darah keluar punya banyak..mama yang pakai white capri habis semua kena darah..sian betul mama..bengkak macam angelina jolie la mulut dia..sebab tu tak de gambar kat Mc D.
Hari sabtu mama masak2..gulai daging salai dgn belimbing buluh,goreng peria,ikan bilis& asam pedas, petang pulak teh tarik kawwww dg murtabak mini..petang dah exercise kejar Tia&Mia kat garden..malam diet la sikit..seaweed soup aje..semalam pulak keluar pi Mall sebab mama nak beli oven,oven mama dah rosak so mama bought one big oven as big as kak's ikin one..hee..heee ..Tia pulak kena infection mulut yang serius,mama kesian betul..semua bibir merah sampai ada bleeding..mama so risau bawak dia jumpa doctor..doctor gave antiboitics for mouth..today much better..kalau tidak malam tadi mama siap dengan torchlight tengah malam duduk suluh mulut dia..nampak satu gigi kapak kat atas nak tumbuh jugak..so risau kat sekarang ada sakit kuku dan mulut..macam2 fikiran mama,nasib baik dah ok.
Tia&Mia dah pandai bergurau dgn mama..kalau baring kat tilam datang attack mama dua orang,papa cakap "so nice kan one year dah boleh gurau dgn mama' ..yes..so nice and so sweet Mama loves you all girls and Poppit too.
Banyak la gambar this week..nanti mama upload lagi,especially gambar Tia&Mia yang funny & cheeky ikut mama & papa beli oven and lunch at cafe 1920.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jul-2008 03:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
YEYYYY..ITS FRIDAY!
|
 |
|
ni la muka2 yang mama really kesian pepagi kena tinggal..
|
|
 |
|
bobye mama..we hate being left behind..
|
|
 |
|
when are you coming back mama?
|
| | View all 12 photos... |
|
Yeyyy..today is friday, last day of the week is always great.. tomorrow no office works darlings, mama & papa can spend time with you all .This morning when mama was leaving the house for office you both were shouting, wanted to follow mama..so sian..tengok you all mama snapped your fotos and upload here today..nanti dah besar boleh tengok ok,so that when you have grown up become somebody in life, while mama&papa have become old unsophisticated people you will remember that these old people were one day-young,full of energy,some body and understand everything that's going on in the mind of young and trendy people.
This morning mama nearly lost one finger while chopping meat for your porridge..lucky the chopper landed at the side of mama's finger..otherwise tak tau nak cakap apa.
It was a busy week..mama is so glad that tomorrow we can spend time together, on Wednesday mama received call from Kak ita, mama's friend, she used to work at same office with mama long time ago, she is now running her husband's business who is a politician.She told mama that she was robbed at her house-so scary the story, she and family is staying at a big bungalow on a large piece of land in a kampung area near UIA-she was renovating her kitchen and suspected something was not right when the workers were doing work at an extremely slow pace..her intuition was right when the following week 6 indonesian workers came to her house at nite..bundled and tied she and her family including her 7 year old daughter-farhana-mama so takut dengar-fearing for farhana safety as now a days robbery is always followed by rape incident. Lucky they didn't do anything to kak ita or farhana but the tramautised ordeal was so long .it lasted for one hour-they were looking for cash,they slapped kak ita's husband, hit her 3 sons with wood-but they didn't keep cash in the house,after one hour,they took their flat screen TV,lap tops,and all other sophisticated gadgets belong to the sons and husbands,handphones,blackkberry and expensive watches, loaded everthing in the family's BMW X5 and drove away.So be carefull if anybody is renovating house always keep your eyes open and inform your neighbour as well.That's the scary story.
Today,mama received a white envelope from HR department here in the office-mama has received the Cert of Diploma at Higher Professional Level from University of Cambridge.Mama did this diploma together with MBA a fully sponsored program by the Company-dah lama buat dah tapi hari ni la baru dapat cert tu...SYUKUR, ALHAMDULILLAH.The Profesor asked..anybody to pursue PHD..adoii cukup la dulu..Mama just nak main..main..and main with you all now..and plus shopping,shopping-and auntie ita manchester will teman mama..hee..hee
Have a great weekend to ALL and see you all next week with more stories
OPPss..jangan lupa recipe' daging salai kering masak lemak cilip padi dgn belimbing buluh" untuk yatie.
Semalam mama dapat satu plastik belimbing buluh dari yatie-norezy.fotopages.com, dia selalu masak lemak cilipadi dgn ikan jenahak or kurau only,sebenarnya masak lemak dgn daging salai lagi ngammm..so mama nak kongsi dgn dia recepi ni..mana la tau dia nak masak this weekend;
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI@BELIMBING BULUH
Bahan2
sekeping daging tempatan bahagian berlemak berat 1/2 kilo
cilipadi 8 biji or 10 or more depends dgn ketahanan lidah (merah dan hijau)
kunyit hidup stau inci
dua biji bawang putih,2 bawang merah
1 biji kelapa utk santan (sedap guna santan yang diperah sendiri dari santan pack)
garam
8 biji or 10 biji belimbing
cara
daging jgn potong-terus cucu,dah tu lap dgn kitchen towel, letak atas api-gas stov eor better dapur arang kalau rajin-panggang sampai keluar minyak daging dan bau sedap.dah garing sikit luar,dalam tak berapa masak tak pe,hiris2 la selebar dua jari (masa ni kalau daging tu cicah garam pun sodap makan)
tumbuk cilipdai,kunyit and bawang hancur2.
dah hiris daging tu rasa dulu..tengok lembut ke keras-kalau keras masuk dalam periuk bubuh air sikit,taruk bahan yang di tumbuk tadi dan rebus sampai lembut, kalau daging dah sedia lembut masuk bahan ditumbuk gaul2,kacau atas api sampai bergaul mesra.dah tu masukkan santan-kira la jgn terlebih atau terkurang-nak sedap mesti bila kita ceduk kuah dia nampak licin tapi likat-bukan pekat macam bertepung, dah mendidih,masuk belimbing yang dah dibuang hujung dan pangkal dan belah dua,masuk garam-bila belimbing dah lembut sikit tutup la api.
Apa lauk sampingan?sedap dimakan dgn terung bakar,terung panjang yang besar tu-bakar sebiji-sebiji tu sampai la dia lembut dan pecah,buat sambal belacan atau sambal cili padi taruk asam limau-belah terung tu dan sapu la sambal kat atas tu..sedap sangat la makan sampai tak nampak orang
Apa nak buat kalau buah belimbing banyak?nak simpan lama2 dia tak tahan..buat la jeruk senang jer..cuci buah belimbing dah tu masuk sekejap dalam air panas, jgn lama,nampak tukar jer sikit warna angkat,masuk dalam botol dan taruk garam banyak..jangan taruk air,sebab belimbing akan keluarkan air yang pekat dan sedap.dah tu tutup ketat2..kalau masuk udara,belimbing nanti cendawan.Biar tinggal dalam botol seminggu .dua bila belimbing dah lembut boleh la nak simpan dalam fridge botol tu.How tu makan-bila bulan puasa nak bukak selera atau masa sahur-boleh buat sambal ikan bilis mentah atau belacan atau bakar ikan dan tumbuk dgn cili padi dalam lesung, dah tu ambik la satu atau dua bijik belimbing jeruk ni dan tenyeh dalam sambal tu..amat la membuka selera.Selamat mencuba.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 03:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
THE TWO PINK RIDING HOODS.
|
 |
|
The two pink riding hoods
|
|
 |
|
Mia memang bad mood sikit dari awal..
|
|
 |
|
suka naik ride ni dgn papa..
|
| | View all 27 photos... |
|
The Two Pink Riding Hoods minggu ni buat macam2..perangai pun macam2..pening kepala mama&papa Mama dulu selalu tengok anak orang tergolek-golek kat lantai mall kalau tak dapat apa dia nak..mama fikir..isshhh dasat la budak ni..but now HAPPENING TO MAMA!..Mia punya la buat perangai semalam..dasat la jugak..petang around 5.00 mama dressed up both and asked papa to take us to ikano because they didn't go out since morning.. so mama kesian. Before that Tia was sleeping downstairs while Mia was in Mama's bedroom playing with mama..she suka ketawa..bila mama buat2 muka kat dia..so dia just lepak kat tilam..panjat2 mama..mama ingat dia dah nak start ngantuk jugak bila kita orang keluar tu..sampai ikano,mama feed them first then we all naik the big animal ride tu..both were really happy..dah habis token..machine tu berhenti la..so mama& papa went to book kids punya shopping cart yang bentuk car tu..yang dia orang boleh duduk dlm kereta tu..we had to pay deposit for RM40, but it will be return to you once you pulang the cart..dah naik dlm tu..Mia tak boleh la cart tu berhenti dan tak nak turun..melalak-lalak sampai bengkak mata..geram betul mama..nasib kat public..tak harus jugak kena babab..so papa handled dia..papa sabar sikit.
Saturday, mama&papa took them for breakfast at their favourite MCD opposite ikea,mama kena share la mama punya bigbreakfast with them sebab dia suka bagel&scramble eggs, dah tu kita orang pi check renovation status kat monterez..tak start apa lagi..leceh betul management monterez tu..nak buat renovation kat rumah sendiri pun macam2 requirement..pekerja contractor tak boleh jalan kaki masuk,kena ada motor atau kereta..tak boleh duduk situ....mama punya contractor pulak punya la lemah lembut-dia ni x pemain bola tampar kebangsaan..mama nak jugak dia ni sebab dia very meticulous-rumah yang duduk sekarang dia yang renovate..so kena la sabarrrr..
Petang sabtu mama bawak dia orang pi rumah pakcik kat cheras..they had fun there..walaupun mula2 bad mood sebab baru bangun tidur..jumpa kucing kat rumah pakcik nama "Gomok"..pakcik nak bagi kucing tu kat Tia&Mia..mama suka sebab dia cantik..tapi masalah suka pancit sana,sini..payah la sikit..dia orang suka la tengok tortoise dan ikan kat rumah pakcik..dah tu..banyak cushions sana sini on the floor..terbang sana sini dia orang..rumah pakcik ni masa bujang mama awal2 kerja duduk situ la..banyak kenangan mama..masa mama buat "Chambering"..tak der duit pakcik hantar mama pagi2 pergi legal firm..dah stable sikit baru mama pindah duduk kat apartment maklang yang kosong kat desa pandan,lama jugak jadi warga desa pandan.Kat rumah pakcik makan durian and tomyam ada udang galah.kak ikin pulak buat bread pudding guna croissont sudap la mama rasa..nanti mama nak cuba buat jugak
Banyak jugak makan2 minggu ni..ohhh yaaaa..lupa hari sabtu mama bawak budak kenit2 tu pi pasar segar..fisrt time la dia pergi..macam2 dia tengokk..so ahad mama masak Dalca,acar,ikan jelawat masak cili padi..hujung bulan ni plan nak balik kampung..tengok la nanti apa pulak la the two pink riding hoods nak buat
|
|
|
|
|
|
| Friday, 18-Jul-2008 08:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
TERIMA KASIH UWAN
|
 |
|
ini lah sweet blankets yang mama beli-hadiah uwan utk Tia&Mia
|
|
 |
|
satu blanket pony peluk,satu cow yang peluk
|
|
 |
|
ni snap kat opis mama..frame&gambar tu auntie yatie yg bagi
|
| | View all 6 photos... |
|
Untuk menutup minggu ni mama post cerita kasih sayang-kasih sayang seorang ibu terhadap anak, anak terhadap ibu dan uwan@nenek terhadap cucu.
Mama syukur sangat dapat bersama dengan uwan didalam keadaan tua dia ni, dulu uwan tak nak duduk lama dengan mama dia mesti nak balik kampung dia jugak, tapi sejak ada Tia&Mia ni..uwan duduk dengan kita orang, bagi kasih sayang dia pada Tia&Mia. Tak pernah kurang kasih sayang dia kat dua orang ni..sentiasa ada,walaupun dia dah 80 lebih. Uwan tak pernah mintak apa2 dari mama,kadang2 dia yang bagi duit kat mama, ye la dia kadang2 lupa mama dah kerja,dah ada duit sendiri,dah ada suami tanggung,dia rasa masih macam dulu nak hulur mama duit..sian uwan.
Semalam uwan bagi mama duit RM100, dia cakap dia berniat nak bagi Tia&Mia hadiah harijadi..tapi uwan tak dapat pergi beli..so dia bagi kat mama.Mama cakap tak payahlah sebab uwan pun dah lama tak pergi ambik pencen dia,lagi pun Tia&Mia dah banyak ada hadiah..uwan tak mau..dia nak bagi jugak..so mama tak nak kecikkan hati dia..mesti dia besar hati nak bagi cucu2 dia..so mama ambik RM 50 jer,50 lagi senyap2 mama letak dalam handbag dia balik. hari ni mama pun pergi Living Quaters carik hadiah untuk wedding dan mama jumpa a very cute blanket with toy holder-sweet sangat blanket tu kena peluk dg soft toy-mama tengok harga dia each RM49.90..memang cukup2 untuk niat uwan nak bagi RM100 kat cucu2 dia..mama pun beli la dua ,soft and pink fleece blankets untuk nomok2..satu blanket cow yang peluk dan satu lagi pony yang peluk.mesti Tia & Mia suka sangat dapat nanti.
Mama pun snap gambar ni kat office..and post kat sini buat kenangan yang manis untuk kita semua sampai bila2. Mama doa jugak agar mama dapat sayang uwan macam mana mama sayang Tia&Mia dan macam mana uwan sayang kat mama dari dulu hinggalah hari ni....moga rumah kita tak kering kasih sayang,rasa hormat dan Allah berkati kita dunia dan akhirat.
Have a great wekend to all my fotopages friends and say " I love you" to those you love..don't let time snatch it away from you.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 06:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANTIBES JUAN-LES PINS, COTE" D AZUR-FRANCE
|
 |
|
Welcome to Antibes Juan Les Pin
|
|
 |
|
The fantastic view along the beach from Nice to Juan Les Pins
|
|
 |
|
Cote D Azur -yachts and boats for the rich
|
| | View all 21 photos... |
|
In the old days when mama travel to Cannes mama had a choice to either stay in Cannes or in the neigbouring towns located along the French Riveira beach.Among the neighbouring towns scattered along the beautiful Riveira are Nice,Antibes-Juan Les Pins, St Tropez, St Honorat etc. Mama normally took flight from KL - London,KL-Amsterdam or KL - Paris, from one of the airport mama will take a domestic flight to Nice and from there to either Cannes or other town selected.
In one of the trip mama had stayed at Antibes-Juan Les Pins- Antibes is one of the selected places on Cote D' azur where the really rich and the very , very successful still live or at least have residences.Antibes is the proper name of the ancient town-but it's commonly referred to as Antibes-Juan Les Pins. The Juan Les Pins part is a seaside resort and night life area of sandy beaches,boutiques,night clubs and casino.The International jazz Festival held there in the last two weeks of July is the best in the region.
Travelling to the French Riveira is always nice, the cab driver in Cannes and Nice are very polite and professional-they wear good suits and they will not allow you to open the door-as madamoseille they will guide you to the door open and close it for you. Mama once went into the cab without waiting for the driver to open the door,he got up set and was like really regret it-so from that day on ward mama respect their way.
In Juan Les Pins mama stayed at Le Meridien Garden Beach Hotel- Le Meridien in Juan Les Pins is not a five star hotel like in M'sia but their 4 stars is good and beautiful enuf-the famous and expensive hotel there are - Martinez, Carlton,Le Croissette etc.Mama loves the place, the beach was great, the town was so lovely and you can find many interesting shop selling carves candles,hand made ceramics etc-having meal at the beach was superb-the people at the cafe or restaurant were very attentive-once they served you they will wait at the side to ensure everything is in order-if you order a fish-they will ask whether you want them to remove the bone and cut in small pieces so thet it will be easier for you to eat.After you finish your meal they will come agin and ask whether the meal is good and serve you with complimentary homemade dessert That's the wonderful memories.
Since mama had meetings in Cannes, mama travelled by coach from Juan les Pins to Cannes-the view along the beach was fantastic-that kadang2 mama tak caya ada kat sana..hee..hee In Cannes mama met few of our producers from M'sia i.e hajah Ruhani,Raja Alawiyah-these ladies are all wonderful-they rented apartment and loves to cook especially hajah Ruhani- she normally brought kilos of rice,curry powder,cilies etc from M'sia-she was very nice to mama-alway tanya 'Zu nak makan apa Kak ani masak"-mama pun apa lagi..nyum nyumm her favourite dishes would be Salmon curry with eggplant, sambal telur, mackerel sambal & fried asparagus,sambal belacan-just imagine makan kat tempat sejuk kat tepi tingkap tengok Cannes beach..ado doi memang la sedap. in the morning pulak Kak raja alawiyah normally tapaukan mama nasik lemak-so kalau terjumpa kat tempat meeting dapat la mama nasik lemak..so no croissont that morning.These people yang kita jumpa kat Cannes ni we jadi good friends sampai la balik M'sia
Juan Les Pins is a good place to stay if you want to avoid a bright and busy Cannes during the festival-its a place for you to just sit and relax - Artiste like Madonna will stay at Juan Les Pins during the Film festival.What did mama eat there if kak hajah Ruhani tak invite makan? he..hee..mama kena makan eggplant & anchovies pizza, or the delicious grilled seabass yang orang tolong buang tulang or the thick and creamy omellete with thick and soft wedges....semua yummy..plus as malaysian mesti mintak tabasco So far alhamdulillah if we travel we never encountered problem finding good and halal food- so balik nomok2 macam Tia&Mia mama.
So girls do your best in life , achieve whatever you want to achieve..we are not rich, mama&papa cannot take you to all those places but we can provide you education-don't push yourself but don't take things for granted either-be fair,be honest to you self. Insyallah you ll be find.
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 > >>] [Archive]
|
|
 |
|